Sunday 15 September 2013

Persediaan ke Jepun

Berdebarnya rasa nak ke Jepun ni. Memang tak terfikir pun dapat peluang mengejut ke sana. Last minit bos besar offer untuk mengikuti kursus bersama sorang lagi rakan kerja. Minggu lepas pihak penganjur, Japan International Cooperation Agency, JICA sudah pun menerangkan serba sedikit berkenaan kursus yang Mrs Jay akan hadiri ni. Nama kursus ni Program Latihan Belia Muda Dalam Bidang Community Small & Medium Enterprises Development and Promotion. Mrs Jay dan 14 lagi peserta dari pelbagai agensi terpilih untuk bersama-sama ke Jepun bagi siri ke-2 tahun ni.

Selepas taklimat, kami perlu uruskan visa pulak. Nasib baik buat dalam kumpulan, jadi ada la wakil untuk hantar dan ambil visa. Tak payah Mrs Jay susah-susah nak ke KL. Nasib baik passport Mrs Jay masih valid sampai Okt 2014, takde la risau sangat. Mrs Jay cuma perlu sediakan gambar 2" x 2" berlatar belakang warna putih. Yang lain semua diuruskan oleh pihak JICA. Visa siap keesokan harinya. Cepat kan....

Ini adalah kali pertama Mrs Jay akan ke luar negara dalam tempoh yang agak lama (tak la lama mana, 18 hari je pun). Jadi, antara barang-barang yang perlu disediakan termasuklah makanan,  laptop, international plug, kompas (untuk tentukan kiblat), kasut sukan (perlu sebab banyak berjalan), payung atau baju hujan (Mrs Jay beli baju hujan pakai buang kat Mydin), sabun basuh dan berus, toiletries, tuala dan pakaian secukupnya. Jangan lupa tukar duit yen siap-siap.
 
nasi goreng segera, kot-kot tak larat makan sushi

So, esok Mrs Jay nak packing barang. Lusa dah nak berlepas dengan Japan Airlines~~~


No comments:

Post a Comment