Friday 2 May 2014

Percutian ke Cameron Highlands (Day 2, Part 1)

Previous: Percutian ke Cameron Highlands (Day 1, Part 3)


Bangun pagi Ahad ni dalam keadaan sejuk sangat-sangat. Nasib baik la ada water heater, boleh lah mandi pagi. Tak tau la kenapa keadaan dalam apartment ni lagi sejuk dari keadaan cuaca kat luar. Pukul 8 pagi, kami semua dah bersiap-siap dan keluar menuju ke ladang teh. Di Cameron Highlands ni setahu Mrs Jay, ada tiga ladang teh yang biasa dikunjungi iaitu Ladang Teh Bharat (Cameron Valley), Ladang Teh Ringlet, dan Ladang Teh Sungei Palas. Mrs Jay pernah ke Ladang Teh Ringlet beberapa tahun lalu dengan kawan-kawan ofis. Ladang Teh Bharat pun dah pernah pergi sebab ia terletak di tepi jalan besar. Jadi, kali ni Mrs Jay akan ke Ladang Teh Sungei Palas la pulak.

Kalau masih ingat dalam entry Day 1, Part 1, Mrs Jay ada tunjukkan sign board ke ladang teh Sungei Palas ni. Maksudnya, Mrs Jay kena patah balik dari Tanah Rata ke Brinchang dan Tringkap baru sampai ke ladang teh ni.

Jalan nak masuk ke sini agak sempit. Hanya satu lane je untuk kongsi dua hala pergi dan balik. Jalan ni melalui lereng-lereng bukit yang ditanam denagn pokok teh. Masa datang pagi ni takde la bertembung dengan kereta dari arah bertentangan sebab semua orang baru nak masuk.
jalan sempit untuk kenderaan dua hala bertentangan
ok...dah nak sampai
dah parking, sila jalan kaki
berjalan di celah pokok teh
senaman mendaki pagi-pagi ni
destinasi...cafe (yang nampak bumbung tu)
cuaca masih berkabus
sampai pun!!!
bergambar dulu. sebelah tu cafe Tea' Ria

Sebelum sarapan, kita pergi tengok-tengok apa yang ada kat sini dulu ye....Ada kedai jualan yang jual pelbagai jenis teh. Teh dalam tin pun ada.

Ada satu bilik khas disediakan untuk pengunjung menonton siaran khas mengenai pemprosesan teh dari ladang hingga siap dipek. Jom tonton wayang free....

Seterusnya kita ke kilang teh bersebelahan Information Center ni. Di Information Center, ada juga ditempatkan mesin-mesin yang digunakan untuk memproses teh zaman dulu-dulu.
kilang teh Sungei palas
jom masuk...
mesin menggelek daun teh

Dah selesai melawat kilang memproses teh, apalagi??? Minum teh la pulak...sambil meninjau permandangan ladang teh yang indah pagi-pagi ni.
permandangan ladang teh dari cafe Tea' Ria
ramainya berbaris....
antara menu air yang disediakan
 strawberry cheese cake dan teh ais
 pastry berinti shrimp dan teh lemon with mandarin
 pastry berinti butter dan teh passion fruit
 yang ni Palas Supreme kot...dengan pastri inti butter


Dah siap minum, jom bergambar di celahan pokok teh pulak....

apa yang abang cuba lakukan??? petik daun teh kah?
yang belakang tu poyo lebih....harap maaf ye
oh...memang tak boleh bla....yang blakang tu
sila abaikan yang kat belakang tu ye...

Dah selesai di ladang teh. Jom kita ke Rose Centre lak....di entry seterusnya.


Next: Percutian ke Cameron Highlands (Day 2, Part 2)


No comments:

Post a Comment