Thursday 29 December 2016

Bercuti ke Korea (Part 3)

Previous: Bercuti ke Korea (Part 2)


Hari kedua, kami check out dari MVL. Kami tak sarapan kat hotel, jadi kami makan di sebuah restoran turki di seoul. Restoran ni sebenarnya tak bukak pagi, tapi atas permintaan Gina, owner tu masak awal khas untuk kitorang.
air 3 in 1 ni free je..
jom makan...


Lepas makan, tunggu bas datang pick up. Memandangkan takde bus stop kat sini, kena la tunggu bas tu kat tepi jalan. Sementara tu, selfie ngan abang bomba Korea dulu....
Bomba diorang 119

Destinasi seterusnya adalah Trick Eye Museum. Tiket dah termasuk dalam pakej kitorang so tak tau la berapa harganya.
muzium ni kat bawah. luarnya macam ni je..
eh??
main kat sini, imej kita masuk dalam video perlawanan tu
nak keluar dari sini kena lalu kat laluan cermin. jumpa tak jalan keluar??
tangkap gambar kat sini nanti terus jadi oil printing macam kat bawah ni

Kat depan pintu masuk trick eye ni ada Ice Museum. Merasa la duduk dalam ais...
sejuk ooo tidur atas ais
piano ais


Lepas habis beberapa jam kat dua tempat ni, barulah kami meneruskan perjalanan. Kemana? Makan la dulu, pastu solat zohor jamak asar. Menu tengahari ni adalah masakan arab lagi..

Pastu solat kat satu-satunya masjid kat sini. Nak jalan dari tempat makan ke masjid tak jauh, tapi kena mendaki bukit. Tinggi oooo...Kat sini jalan kecil je sebab tu bas takleh masuk.
ingat dah sampai...kena naik bukit lagi..

Sebelum terlupa, untuk wanita, toilet dan tempat wuduk kat belakang masjid. Ruang solat wanita kat tingkat atas (tak ingat tingkat 3 ke 4) jadi kena lah menapak naik tangga lagi.
view dari ruang solat wanita
ruang solat wanita tak besar sangat

Kemana kami pergi petang ni? Tunggu di next entry :)


Next: Bercuti ke Korea (Part 4)

2 comments: