Thursday 29 December 2016

Bercuti ke Korea (Part 5)

Previous: Bercuti ke Korea (Part 4)


Hari ketiga, baru sampai part yang ditunggu-tunggu. Ke mana kita ni?? (ala-ala Jejak Jepun Jihan). Kita akan ke Pulau Nami !!! yeay.. Pagi ni sarapan kat hotel. Mrs Jay tak turun pun, masak je nasi Brahim's kat dalam bilik. Malam ni Gina kata tdo hotel lain, tapi tak perlu bawak semua barang sebab malam esok nak balik hotel ni semula. So, bawak satu beg je. Satu lagi tinggal kat depan reception sebab still kena check out jugak.
ni lah hotel kitorang

Jadi naik bas dalam 2 jam lebih untuk ke tempat feri yang akan bawa kami ke Pulau Nami. Nak masuk ke Nami ni ada dua cara, satu naik feri dan satu lagi jalan pintas adalah menaiki kabel transport macam flying fox tu. tapi yang tu kena tahan gayat lah. Kalau tak berani, naik feri je lah ye.
naik flying fox ke Pulau Nami
(gambar ni copy paste dari kawan)
ramai giler orang nak masuk ke Nami
bahagian berbumbung feri
ok dah sampai...selfie dulu
masa ni bukan musim luruh..kalau tak mesti cantik
Ni center kepada beberapa laluan pokok ala-ala winter sonata

Penat ambil gambar, boleh makan kat kedai ni. Pancake dia memang terbaik. Walaupun takde sijil halal, tapi Gina kata dia guna barang-barang yang boleh dimakan la sebab semua dari tumbuh-tumbuhan. Memang sedap sampai bertambah Mrs Jay beli. Sekeping cuma 1000 won je. Dah makan 2 keping pun rasa macam nak lagi. Sebelah dia kedai jual air. Kalau dah order dan bayar, korang akan diberi sebuah benda bulat (tak tau nak panggil apa) berwarna hitam. Kalau order korang dah siap, nanti benda tu bergetar dan berlampu. Jadi korang boleh je duduk mana-mana pun sementara nak tunggu air siap.

Lepas makan pancake, En. Hubby ajak Mrs Jay gi naik basikal pusing Pulau Nami. Kedai basikal ada satu kat sini. En. Hubby sewa basikal double. Berapa tah harganya lupa dah sebab harga orang tempatan dengan pelancong berbeza. Ni first time Mrs Jay naik basikal double. Sempat gak la pusing satu pulau. Boleh tahan gak jauhnya. Ingat dah sesat dah ritu.

Dah sampai masa nak balik. Nak kena budget masa sebab tunggu feri sampai.


Dah penat sangat ni mengayuh naik bukit pusing Pulau Nami. Jom la kita makan pulak. Tempat makan ni kat restoran kawan Gina. Masakan korea lagi rini. Lepas makan diorang alih meja sebab nak solat kat restoran tu. Habis banjir bilik air restoran tu masa kitorang ambil wuduk. Ada sumbat kot saliran air dia, sampai Mrs Jay pesan kat Gina yg kitorang minta maaf sebab owner restoran tu terpaksa pam saluran air kat paip wuduk tu. Rasa bersalah pulak sebab orang korea ni mana ada pakai air banyak sangat dalam bilik air sampai banjir lak. Tapi owner tu kata takpe.
nampak ni masa nak gerak gi makan

Destinasi seterusnya lepas makan juga tempat yang menarik. Nanti Mrs Jay update kat next entry.



No comments:

Post a Comment